NGO bantu sedia PPE petugas di Sabah

KOTA BHARU: NGO Cakna Palestin Malaysia dengan koordinasi bersama Perakan Malaysia Cawangan Sabah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19.

Timbalan Presiden NGO terbabit Abdul Shakur Sharrie berkata, pihaknya melancar derma dan solidariti bersama rakyat Malaysia berganding bahu membantu menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

Advertisement

Katanya PPE merupakan keperluan kesihatan yang akan diagih kepada klinik kesihatan dan institusi yang memerlukan.

“Peralatan itu diperlukan terutamanya di kawasan yang dikategori merah terutamanya Sabah yang berdepan dengan peningkatan kes baru sekarang,” katanya di sini.

Katanya bantuan awal sebanyak RM15,000 disumbang Cakna Palestin bagi menyediakan kemudahan tersebut. – HARAKAHDAILY 25/10/2020