Menghina Rasulullah, selamanya tetap mencalar hati kami!

Gambar sekadar hiasan
- Advertisement -

MINGGU ini dalam euforia kegembiraan menyambut dan memperingati kelahiran insan teragung, Nabi Muhammad SAW, kita dihangatkan dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Samuel Paty seorang pendidik yang tolol di negara Perancis. Tanah Eropah yang semakin menjadi-jadi dalam merobek maruah Nabi SAW atas nama kebebasan berekspresi dan kebebasan bersuara seperti sengaja memancing kemarahan umat Islam.

- Advertisement -

Kejadian 16 Oktober lalu di negara bekas penjajah Algeria, Tunisia, Syria, Mauritania, Chad itu menimbulkan respon luar jangka seorang pemuda Islam berketurunan Chechnya. Samuel Paty yang berkelakuan jelek dengan menayangkan beberapa karikatur menghina Nabi Muhammad kepada anak-anak didiknya, kononnya seputar perbincangan tentang hak asasi kebebasan bersuara. Guru ini dipenggal kepala dan memancing perhatian masyarakat antarabangsa, di tengah menggelegak isu ini hati umat Islam ditoreh lagi dengan tindakan biadap Presiden Perancis Emmanuel Macron yang memberikan anugerah khas Legion d’Honneur kepada sang penghina Rasul, Samuel Paty.

Mengkultuskan ketololan dan kejelekan pasti mengundang perbalahan panjang, apatah lagi oleh sebuah kerajaan yang memerintah pelbagai etnik dan agama dan reputasi ini tidak pernah gagal disandang oleh Perancis. Anugerah khas itu diadakan di kampus perdana negara penjajah itu, kampus Sourbonne yang elegan dan lumayan dengan sejarah kajian para orientalis dunia. Tindakan ketua kerajaan Perancis itu pasti menyuburkan Islamophobia, merangsang secara berterusan penghinaan terhadap nabi SAW, memicu pergeseran antara agama dan pasti ada harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Perancis.

Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Samuel Paty dan seterusnya disokong secara rasmi oleh Emmanuel Macron ini juga telah mengingatkan kita bagaimana maruah Rasul yang mulia sentiasa menjadi perlecehan musuh Islam. Di zaman Rasulullah, An Nadhar bin al Harith, Uqbah bin Abu Muit antara sosok tegar yang sentiasa menghina nabi di Mekah, manakala Kaab bin Ashraf seorang bangsawan Yahudi adalah penghina Rasulullah SAW di Madinah. Ketiganya mati bergeletakan di tangan para sahabat Nabi SAW.

Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam. Pada tahun 1989 Salman Rushdie telah menghina Nabi SAW melalui karya bejatnya The Satanic Verses. Protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Islam dan Nabi SAW kerana tanpa kekuasaan pemerintahan Islam, mereka tahu tempikan itu hanya akan dibawa angin lalu. Salman, bahkan mendapat gelaran sir daripada istana England kerana sikap konsisten beliau menyerang Islam.

Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Nabi SAW berlaku berterusan malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di negara Barat.

Di negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis keturunan Syria iaitu Haidar binti Haidar yang bermastautin di negara Mesir. Beliau telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memasukkan watak Nabi SAW, Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aishah dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemontrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah di mana telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Serikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi SAW.

Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadhan hampir 10 tahun lepas. Nigeria merupakan sebuah negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai Khalifah Sokoto di mana seorang ulamak besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan kedatangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam apabila Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita yang telah berkahwin namun melakukan perzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia telah memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksanaan Syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan sederhana lain supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu Nigeria This Day telah menulis dalam kolumnya, “Jika sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, Nabi Muhammad pun membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan dan Nabi Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isteri Nabi Muhammad“. Kebiadaban sang penghina ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalan raya bagi menyatakan sikap dan bantahan di mana kemuncaknya pejabat utama akhbar Nigeria This Day telah dibakar oleh penunjuk perasaan.

Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria. Sehingga tulisan ini ditulis sebuah akhbar pun tidak berani mengulang siar karikatur yang menghina Rasulullah SAW walaupun sebanyak 146 penerbitan di seluruh dunia telah menerbitkan kembali karikatur yang menghina Nabi SAW. Nigeria memahami nilai harga menghina Nabi Muhammad!

Baginda ar Rasul SAW terus diperleceh maruah, dikritik dan dihina lagi oleh tokoh-tokoh pendusta dan pengkhianat barat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Islamophobia juga merangkumi pakej kebencian kepada ar Rasul, membenci tanpa alasan benar dan menebar falasi terhadap kehidupan baginda yang mulia.

Umat Islam wajib bermuhasabah hari ini, sejauh manakah tahap kecintaan mereka terhadap ar Rasul SAW. Tidak cukup kita berselawat sebagai manifestasi kecintaan di musim memperingati Maulid ini. Hidupkan kempen menyintai ar Rasul SAW yang berterusan, memberdaya kefahaman awam tentang latar sirah ar Rasul manakala bukan Islam harus diingatkan menghina Nabi Muhammad bukanlah kebebasan bersuara dan manifestasi hak asasi manusia. Dengan nyawa dan darah kami pertahankan kemuliaan ar Rasul!

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 25/10/2020

- Advertisement -