Khabib ‘The Eagle’

- Advertisement -

APABILA hari ini heboh berita kemenangan Khabib Nurmagomedov (Rusia) menentang Gaethje (AS), saya mula mencari apakah rahsia yang menyebabkan beliau bersara dengan rekod menang tanpa kalah (29-0).

- Advertisement -

Antara faktor yang menyebabkan beliau berjaya dalam arena seni pertahanan diri campuran (MMA):

Agama: Berpegang kepada fahaman ahli sunni dan taat dalam beragama. Sentiasa merendah diri dan sering bersujud syukur apabila menang dalam perlawanan menyebabkan dia dihormati oleh musuhnya. Kalimat yang sering terpacul daripada mulutnya disaat kemenangannya adalah ‘Alhamdulillah

Demografi: Berasal daripada daerah Dagestan, Rusia. Wilayah miskin yang masih bergolak dalam kancah ketidakstabilan politik, namun dikelilingi dengan gunung-ganang dan tumbuhan hidup subur. Masyarakat di sana tahan lasak dan cukup sumber nutrisinya.

Inspirasi: Bapanya Abdulmanap adalah merupakan sumber inspirasinya yang paling utama. Dialah ‘master piece’ yang mencetak para pemuda di Dagestan supaya mencebur diri dalam MMA di peringkat antarabangsa. Kematiannya akibat COVID-19 amat dirasai oleh Khabib.

Latihan: Siapa sangka latihan Khabib sejak bermula umur 9 tahun adalah berlatih dengan beruang peliharaannya. Perkara ini pada awalnya membingungkan jurulatih di negara lain dan menjadi latihan di wilayah ceruk Putin ini sangat unik dan istimewa.

Kemahiran: Khabib menguasai pelbagai kemahiran disiplin sukan gusti sebelum dia menyertai MMA seperti judo, combat sumbo dan gusti gaya bebas. Diadunkan dengan seni pertahanan diri terbit daripada wilayahnya menyebabkan dia dapat menguji kemahirannya kepada pesaing di luar sana.

Akhlak: Siapa sangka akhlak beliau yang dipamerkan sewaktu di Oktagon telah meruntun jiwa musuhnya. Cronor McGregor, sebelum ini beberapa kali melakukan provokasi ke atasnya. Namun dihadapinya dengan sabar dengan menghukumnya tewas dalam perlawanan pada minit ke 3:03 pusingan ke empat.

Selain itu akhlak beliau mentaati suruhan ibunya untuk bersara daripada MMA setelah ketiadaan bapanya telah mengejutkan banyak pihak, di saat beliau ketika ini sedang berada di puncak kegemilangan.

FAIZ RAZALI
Kluster Kejuruteraan, JPro DPPM – HARAKAHDAILY 25/10/2020

- Advertisement -