11 program khas sempena sambutan 3 dekad MBI

Foto Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan 11 program khas sempena sambutan tiga dekad pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI).

Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata program berkenaan meliputi semua portfolio yang digerakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

- Advertisement -

Katanya, program berkenaan bermula 21 Oktober lalu dan akan berakhir 31 November depan.

“Antara program yang dirancang Amanat Khas Menteri Besar kepada kakitangan awam, Hari Kebajikan, Seminar Keusahawanan, Wacana Legasi Tok Guru, Sambutan Hari Kelantanku Bersih, Perasmian Loji Dan Rawatan Air di Kuala Krai dan lain-lain lagi,” ujarnya di sini.

Katanya, walaupun sambutan program berkenaan agak terhad, namun pengisiannya diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin semua pihak. – HARAKAHDAILY 25/10/2020

- Advertisement -