Pengeluaran ikan di Danau To’ Uban meningkat

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PASIR MAS: Pengeluaran ikan dalam sangkar di Danau To’ Uban dijangka meningkat kepada 55 hingga 70 metrik tan tahun depan berbanding sekarang 28.9 hingga 30 tan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Ismail berkata, peningkatan itu berikutan pertambahan jumlah sangkar di lokasi berkenaan.

- Advertisement -

Katanya, jumlah penternak akan bertambah kepada 70 orang berbanding 16 tahun lalu.

“Sebelum ini penternak seramai 40 orang iaitu 30 orang di Sungai Rasal dan 10 orang di kawasan Danau To’ Uban.

“Namun hari ini peserta baharu seramai 30 orang menjadikan jumlah keseluruhan pengusaha sangkar ikan di Danau To’ Uban meningkat kepada 70 orang,” katanya pada majlis penyerahan sangkar ikan dan input perikanan kepada penternak ikan Danau To’ Uban semalam.

Hadir sama Adun Apam Putra Abdul Rasul Mohamed, Adun Chetok Zuraidin Abdullah, Pengarah Perikanan negeri Nazri Ishak dan Ketua Penolong Ketua Jajahan Pasir Mas Nik Mohamed Noor Nik Ishak. – HARAKAHDAILY 23/10/2020

- Advertisement -