Khidmat Malaysia Pengerang cakna nasib penduduk

- Advertisement -

PENGERANG: Khidmat Malaysia Cawangan Pengerang telah menziarahi Siti Salamiah Tugimin yang baharu kematian suami, Yaacob Sikat kerana kanser di kediamannya di Felda Papan Timor, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Siti Salamiah juga dalam keadaan teruji kerana mengalami stroke selepas melahirkan anak bongsu di mana kini berusia 4 bulan dan masih lemah, selain tinggal bersama adik lelaki, Md Ibrahim Tugimin yang menghidap gout.

Beliau malah, turut menjaga bapa saudaranya, Basiran Abd Hamid, 80 yang telah uzur dan hanya mampu bergerak sekitar rumah dengan bantuan kerusi roda dan tongkat.

Sumbangan berupa barang dapur dan wang tunai telah disampaikan oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Pengerang, Selamat Ujud yang juga Ketua Penerangan PAS Pengerang bagi meringankan beban keluarga ini.

“Semoga sumbangan ini meringankan bebanan Siti Salamiah menampung tiga anaknya dan diharapkan lebih ramai individu dan badan kebajikan lain turut tampil membantu. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul,” ujar beliau.

Ziarah tersebut turut dihadiri aktivis kebajikan Khidmat Malaysia Pengerang yang juga bekas tentera, Adnan Abd Wahab. – HARAKAHDAILY 23/10/2020

- Advertisement -