Kekal tenang, jangan terpedaya dakyah PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta kekal tenang dalam meneruskan kehidupan ketika ini berikutan pelbagai spekulasi sedang dimainkan oleh pembangkang khasnya Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menyatakan sebarang pengumuman rasmi kerajaan harus diikuti dari saluran rasmi kerajaan yang benar-benar sahih.

- Advertisement -

Beliau menasihatkan agar seluruh rakyat tenang dalam menghadapi situasi rumit ketika ini, memandangkan negara sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Kata beliau, rakyat juga tidak perlu termakan dengan tohmahan dan dakyah yang dilakukan oleh pembangkang yang cuba untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi pengisytiharan darurat yang kini semakin dimainkan oleh pihak pembangkang.

Apa pun kata beliau, andai berlaku pengisytiharan darurat, ia adalah bagi menangani pandemik wabak Covid-19 masih dalam kerangka perlembagaan yang dibenarkan dan diambil kira oleh Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kuasa prerogatif yang ada pada Yang di-Pertuan Agong sudah tentu menjadi penaung buat rakyat Malaysia yang semestinya mengambil kira semua perkara demi memastikan keharmonian, keselamatan dan kedamaian rakyat akan dapat dimiliki.

“Apa yang penting adalah soal berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan rakyat seharusnya perlu diambil kira dan diberi tumpuan,” tegasnya lagi.

Pimpinan PH juga tidak perlu menimbulkan api kekecohan yang melampau dalam kalangan rakyat, kerana rakyat telah muak dengan ‘politiking’ dan perebutan kuasa yang dilakukan oleh pimpinan PH sehingga melihatkan tindakan itu tidak memperdulikan keselamatan rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan di Pahang petang tadi. – HARAKAHDAILY 23/10/2020

- Advertisement -