Kejayaan Kelantan wajar diikuti negeri lain

KANGAR: Kejayaan kerajaan Kelantan mempertahankan pentadbiran negeri tanpa sebarang kes membabitkan rasuah dan penyelewengan sejak 30 tahun lalu wajar menjadi ikutan negeri-negeri lain.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Mohd Shukri Ramli, berkata kejayaan itu begitu membanggakan dan perlu dipertahankan sesuai dengan gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah.

Katanya kejayaan di Kelantan boleh dijadikan model pentadbiran termasuk juga di peringkat persekutuan.

“Ia membuktikan Islam yang menjadi teras pentadbiran di Kelantan di bawah kepimpinan ulamak sejak 1990 berjaya melahirkan sebuah kerajaan yang tinggi integriti,” katanya yang juga Adun Sanglang di sini.

Kelantan menyambut ulangtahun tiga dekad selepas genap 30 tahun mentadbir negeri itu sejak 21 Oktober 1990. – HARAKAHDAILY 22/10/2020