Bekas Adun pertahan kerajaan PAS

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PASIR MAS: Sepanjang tempoh 30 tahun Kelantan di bawah kepimpinan ulamak, cabaran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 paling mendebarkan.

Ketika itu PAS menang dengan kelebihan tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN).

- Advertisement -

Namun selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Pasir pada tahun 2005, kerusi PAS berkurang kepada 23 berbanding BN sebanyak 22 kerusi.

Bekas Adun Chetok Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beliau menang pada pilihan raya berkenaan selepas menempuh cabaran yang begitu hebat.

Katanya kemenangan PAS dengan majoriti kecil membuka ruang pihak lawan cuba menyogok wang dalam jumlah yang besar kepada Adun PAS supaya meninggalkan parti itu.

“Saya juga menjadi sasaran golongan terbabit. Namun saya menolak kerana perjuangan kita bukan hanya setakat dunia tetapi bersangkut dengan akhirat.

“Andainya kita memilih dunia, kita dapat apa yang dihajati tetapi kalau memilih perjuangan Islam, dunia dan akhirat insyaAllah kita dapat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpul hari ini.

Malah ketika itu ramai Adun PAS menjadi sasaran golongan terbabit termasuk bekas Adun Kemuning Zakaria Yaacob dan bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat.

Ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat, Abdul Halim diserang penyakit angin ahmar pada 2017.

Bagaimanapun pada PRU lepas beliau tidak lagi bertanding kerana masalah kesihatan. – HARAKAHDAILY 22/10/2020

- Advertisement -