Utama kepentingan rakyat berbanding isu peribadi

Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: PAS yakin isu politik yang berlaku kebelakangan ini akan reda memandangkan ia belum sampai tahap kronik.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, segala masalah yang timbul dijangka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Advertisement

Kata beliau sekiranya semua pihak meletak kepentingan rakyat dan negara di hadapan dan bukannya peribadi, semua masalah dapat diselesaikan.

“Pada saya masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik kerana pemimpin sekarang semakin cerdik (matang).

“Masing-masing ada pengalaman, insyaAllah ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Exco di MABNA MBI Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Begitu juga menurutnya krisis yang membabitkan Umno dan Bersatu diyakini dapat diselesaikan secara baik dengan kerjasama semua pihak.

Lagipun kata beliau pembubaran parlimen biarpun dianggap sebagai langkah terbaik, namun perlu mengambil kira situasi Covid yang berlaku sekarang. – HARAKAHDAILY 21/10/2020