Salah faham bab nafkah isteri

- Advertisement -

SEBAHAGIAN orang salah faham bab nafkah isteri kerana dia sangka mesti beri duit jumlah sekian-sekian setiap bulan. Sedangkan perkara sebenarnya bukan begitu.

- Advertisement -

Dalam kitab Minhaju Tolibin Imam Nawawi menjelaskan secara umumnya nafkah terbahagi kepada 4 perkara:

(1) Makanan.

Berbeza kuantiti makanan yang wajib diberi antara suami kaya dan miskin. Wajib beri lauk selain makanan asasi. Jika sudah menjadi kebiasaan suami makan bersama isteri maka dengan makan bersama itu sudah dikira suami memberi nafkah bab makan.

(2) Pakaian.

Pakaian yang menutupi aurat dari kepala sehingga ke kaki. Dan pakaian bersesuaian antara musim panas dengan musim sejuk.

(3) Tempat tinggal.

Tempat tinggal yang sesuai dengan isteri, tidak mesti kena membeli rumah, sewa pun tak apa.

(4) Khadam atau pembantu.

Jika isteri dari golongan yang biasa ada khadam atau orang gaji, suami mesti menyediakan perkara tersebut. Antara yang wajib juga ialah alat membersihkan diri, tempat duduk seperti hamparan, tilam dan selimut.

Antara yang tidak wajib ialah alat solek dan alat perhiasan, kos perubatan dan perkara yang menjadi tanggungjawab isteri untuk ditunaikan kepada suami.

Kesimpulannya tidak mesti kena beri duit tapi wajib disediakan keperluan seperti makanan dan tempat tinggal. Yang kedua ialah banyak penilaian terhadap keperluan isteri dan jenis-jenis barangan itu bergantung kepada adat dan perubahan masa mengikut kata Syeikh Dr Mustafa Dib Al Bugha.

Dan ketiganya asas kepada semua nafkah isteri ialah mencapai matlamat ‘bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik’ seperti yang disebut dalam al-Quran.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 

- Advertisement -