Operasi SAR Integrasi KAFA, Tadika Islam ditangguh

- Advertisement -

IPOH: Operasi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi KAFA Negeri Perak dan Tadika Islam ditangguhkan sementara berikutan pertambahan kes positif COVID-19 di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Peneangan, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, ini adalah langkah awal bagi menghentikan penularan selain untuk memudahkan proses disinfeksi premis.

“Kita tidak mahu bilangan kes positif COVID-19 bertambah dan mengambil langkah awal bagi membendung sebarang penularan dalam kalangan pelajar dan tenaga kerja di sana,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, setakat ini operasi 21 SAR Integrasi KAFA Negeri Perak dan tujuh Tadika Islam Perak telah ditangguhkan.

Dalam pada itu jelasnya, pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memperuntukkan RM2.2 juta supaya semua sekolah yang berdaftar dibawahnya dapat menjalankan pembersihan disinfeksi dengan segera.

“Setiap sekolah yang berdaftar akan menerima RM2,500 bagi menjalankan proses-proses ini selain turut akan dibekalkan dengan peralatan kesihatan, dan kita harap agar pihak sekolah dapat menjalankan proses tersebut dalam kadar segera,” katanya.

Tegas beliau, pihak sekolah boleh merujuk Jabatan Kesihatan Daerah masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi menjalankan usaha itu.

Semua sekolah turut diingatkan untuk peka dengan arahan pihak berkuasa dan bersiap sedia menutup operasi persekolahan sekiranya perlu. – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -