LENGGONG: Seramai 30 asnaf dari tiga kampung dalam DUN Kenering iaitu Kampung Kenayat, Kampung Lawin dan Tanjong Kasau menerima peruntukan Yayasan Perak berupa bantuan keperluan dapur.
Bantuan disampaikan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lenggong pada majlis ringkas yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kenayat, di sini kelmarin.
Penyampaian bantuan berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Lenggong, Ustaz Mohd Hanafiah Idris yang juga Ahli Majlis Daerah Gerik.
Turut hadir Pengerusi LKK PAS Lenggong, Jamil Yahya yang juga Ahli Majlis Daerah Lenggong dan Ahli Jawatankuasa PAS Lenggong, Azmi Ahmad dan beberapa pimpinan kawasan.
Jamil dalam ucapannya, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan negeri, yang telah menyalurkan bantuan kotak makanan melalui Yayasan Perak untuk diagihkan kepada 30 penerima yang layak. – HARAKAHDAILY 20/10/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!