Pelantikan Pegawai Khas (Hal Ehwal Wanita)

- Advertisement -

SUKACITA dimaklumkan bahawa saya bersetuju melantik Hasima Abu Nawas sebagai Pegawai Khas (Hal Ehwal Wanita).

PAS Sabah sentiasa peduli dan prihatin terhadap kebajikan dan nasib kaum Hawa di negeri ini.

- Advertisement -

PAS Sabah melalui Dewan Muslimat PAS sentiasa memperjuangkan hak dan kebajikan wanita sekali gus membuktikan PAS sebuah parti yang inklusif.

Saya meletakkan keyakinan bahawa pelantikan Hasima Abu Nawas dapat menjadi perantara untuk mendengar serta membawa hasrat dan suara wanita dalam perkara berkaitan kebajikan.

Terima kasih.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah 
20 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 20/10/2020

- Advertisement -