Nuridah iringi perjalanan terakhir ibu saudara

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh tetap melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan disebalik rutin kesibukan menyempurna tadbir urus politik dan kemasyarakatan.

- Advertisement -

Menerima perkhabaran pemergian ibu saudaranya ketika sedang mempengerusikan mesyuarat, beliau seusai itu langsung merentas dari Ibu Negara ke Kampung Batu Hitam, Kuantan, di sini kelmarin dahulu.

“Sebelum ini, ibu saudara saya tinggal di Kampung Kolek Sungai Lembing. Bila keadaannya telah uzur, anak-anak sepakat membawanya ke sini rumah sepupu saya Azman Abd Khalid untuk mudah dijaga dan diziarahi,” ujar beliau.

Ibu saudaranya, Saliha Yahya, 77 menghidap sakit kanser yang baharu diketahui sebulan lalu di mana arwah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak kematian suaminya, Abd Khalid Hamid semasa mengerjakan Haji tahun 2011.

Menurut Ustazah Nuridah, walaupun almarhumah mempunyai sembilan anak, namun sifat keibuan dan sukakan kanak-kanak telah dicurahkan arwah dengan menjaga anak-anak jiran di samping mengajar mereka mengaji al-Quran.

Di kesempatan pulang menziarahi arwah ibu saudaranya itu, beliau juga turut mengambil peluang menjengah bonda tercinta di Pekan yang juga dikhabarkan kurang sihat sebelum kembali pulang ke Kuala Lumpur.

Bersama menemani beliau adalah Ketua As-Sabiqat Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota, Hasnah Arshad bersama Ahli Jawatankuasanya yang lain. – HARAKAHDAILY 20/10/2020

- Advertisement -