Kongsi kejayaan program kebajikan setiap negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan mesyuarat bersama Exco portfolio terbabit dari setiap negeri bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pengalaman berkaitan kerja-kerja kebajikan dapat dikongsi bersama.

- Advertisement -

Katanya ia juga dapat dilaksanakan di peringkat negeri masing-masing.

“Dengan adanya mesyuarat tersebut kita dapat berkongsi kejayaan setiap negeri sebab sebelum ini saya pernah buat di Sarawak, kita dapat taklimat dan berkongsi kejayaan.

“Kita putuskan untuk saling berkongsi kejayaan di negeri-negeri untuk kita jadikan tauladan dan contoh untuk dipraktikkan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup sambutan Hari Kebajikan Negeri (HKN) Kelantan di Dewan Besar Kompleks Islam Lundang di sini semalam.

Turut hadir anggota Exco Dato’ Mumtaz Md Nawi, timbalannya Rohani Ibrahim dan Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Ilvira Mohd Dasuki.

Persidangan selama enam hari yang diadakan secara maya itu disertai seramai 26 pembentang tempatan dari lima negeri dan dua negara iaitu Turki dan Indonesia.

Penonton secara maya juga mencecah jumlah 15,000 pada hari pertama dan 13,000 pada hari kedua termasuk penglibatan kira-kita 8,000 netizen pada setiap sesi pembentangan.

Siti Zailah juga berkata, resolusi HKN boleh dilaksanakan di negeri lain sebagai model kejayaan. – HARAKAHDAILY 20/10/2020

- Advertisement -