Bengkel pengucapan awam Ameerah secara ‘online’

- Advertisement -

PEKAN: Memahami tugasan dakwah bukanlah suatu kerja mudah telah mendorong Ameerah Kawasan Pekan menganjurkan program khusus bagi mengasah potensi kepimpinan melalui teknik seni pengucapan awam.

- Advertisement -

Menerusi Unit Penyelidikan dan Pembangunan (UPP) Ameerah Pekan telah berjaya mengadakan program Bengkel Ikon Muslimat Muda 1.0 yang dilangsungkan secara atas talian, semalam.

Penceramah untuk program kali ini merupakan Finalis rancangan realiti Solehah anjuran TV Al-Hijrah, Ustazah Mariyam Sa’ari.

“Walaupun program hanya melalui atas talian, namun kehadiran yang amat dibanggakan, berbanding selama pelaksanaan program di lapangan,” ujar Ketua Ameerah Pekan, Siti Zulaikha Abdul Halim dengan penuh syukur.

Program  yang bertujuan membantu muslimat muda bagi membina keyakinan diri ketika memberi pengucapan awam ini bertujuan untuk melancarkan lagi sumbangan mereka dalam perjalanan dakwah.

Medium seperti ini sedikit sebanyak mampu membuka minda dan menambah pengetahuan muslimat berkaitan teknik dan seni untuk memukau mad’u dengan cara yang tepat dan berkesan.

“Menyampaikan apa yang diperlukan oleh pendengar, bukan apa yang kita tahu,” ujar Ustazah Mariyam ketika memberikan beberapa tips pengucapan awam. – HARAKAHDAILY 18/10/2020

- Advertisement -