SADA nafi Velfire milik MB

- Advertisement -

ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman (SADA) menafikan kenderaan MPV Velfire yang dibeli agensi itu bagi kegunaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

SADA menjelaskan Velfire bernombor plat KEP 5000 yang ditular di media sosial sejak beberapa hari lalu, milik syarikat terbabit dan dibeli mengikut prosedur yang diputuskan pihak pengurusan.

- Advertisement -

“Menteri Besar tiada kena mengena dan tidak berkaitan langsung dengan keputusan syarikat untuk membelinya,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya Velfire terbabit dibeli untuk kegunaan SADA di Kuala Lumpur terutamanya membawa tetamu-tetamu VIP syarikat terbabit.

Baru-baru ini pembangkang menular di media sosial kononnya Velfire milik SADA itu dibeli untuk kegunaan Muhammad Sanusi. – HARAKAHDAILY 17/10/2020

- Advertisement -