Penoreh terjejas dibantu PAS Kudat

KUDAT: Mengambil kira ramai penduduk yang bekerja menoreh getah terjejas disebabkan musim hujan sekarang, PAS Kudat tampil meringankan beban mereka.

Seramai 130 keluarga sekitar Kudat menerima sumbangan keperluan dapur berupa beras hari ini.

Advertisement

Yang Dipertua PAS Kudat Nemrone Loveh berkata, ramai penoreh yang terputus sumber pendapatan akibat hujan yang berpanjangan sekarang.

“Kami juga menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang dikuarantin akibat wabak Covid-19, ibu tunggal, asnaf dan nelayan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya turut menerima sumbangan penduduk di perkampungan bukan Islam yang melibatkan 39 buah keluarga di sekitar Bengkoka.

Kata Nemrone, sumbangan keperluan harian disampaikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Selain itu katanya PAS Kudat mensasarkan sumbangan bagi keperluan petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ujar Nemrone, PAS Kudat masih mengumpul dana bagi membantu lebih ramai penduduk yang terjejas.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pengarah program di talian 019-8415002 atau sumbangan tunai boleh disalurkan melalui akaun Maybank 560063056547 atas nama PASTI Al-Furqan Kudat. – HARAKAHDAILY 16/10/2020