PAS ini parti ‘free size’

- Advertisement -

ADA orang kata PAS ini parti tak tetap pendirian. Hipokrit dan macam-macam tuduhan dilemparkan, hanya kerana pendirian PAS dilihat sering berubah-ubah. Terutamanya dalam memilih rakan sekutu politik.

Saya nak beritahu mereka bahawa PAS ini bukan tidak ada pendirian. Tapi PAS ini parti free size. Size apa pun PAS boleh pakai. Dari sebesar-besar size sampailah sekecil-kecil size. Syaratnya satu sahaja demi Islam. Kalau payah faham saya buat satu contoh.

Kepada orang yang tak faham Islam mereka akan kata orang Islam ini tak tetap pendirian. Sebab mereka lihat adakalanya orang Islam itu dibolehkan makan lembu. Tapi ada masa diharamkan makan lembu. Adakala haram makan babi tapi tiba-tiba di masa lain pula dibenarkan makan babi.

- Advertisement -

Kamu tahu tak?… Waktu dibenarkan makan lembu itu kerana ianya disembelih oleh orang Islam. Waktu diharamkan makan lembu itu pula kerana ia disembelih oleh tok sami. Jadi di sini bukan lembu itu subjek hukumnya tapi subjek hukumnya ialah siapa yang menyembelihnya. Manakala babi pula diharamkan memakannya walaupun disembelih oleh tok imam. Tapi bila keadaan kelaparan sudah dharurah yang mengancam nyawa maka dibolehkan memakannya. Jadi di sini bukan soal penyembelihnya atau bukan soal babi itu. Tapi soal keadaan si pemakan itu sendiri. 

Kembali kepada PAS. PAS boleh bersama siapa sahaja asalkan mereka menerima Islam atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi Islam. Walaupun mereka bukan-Islam. PAS tidak bersedia bersama orang yang anti Islam atau merugikan Islam walaupun mereka itu orang Islam. Jadi bila PAS bersama dengan mana-mana pihak bukan soal pihak itu tapi ialah soal sikap mereka terhadap Islam. 

Ini berbeza dengan PAN. Ketika DAP lunak dengan Islam dalam PR dahulu mereka terima DAP. Tapi bila PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana perubahan sikap DAP yang anti Islam, mereka tetap follow DAP. 

Begitu juga ada penyokong Anwar yang follow Anwar ketika Anwar memimpin ABIM dan menentang Umno dia ikut sama maki Umno. Bila Anwar masuk Umno dia masuk Umno. Bila Anwar dikeluarkan dari Umno dan menubuhkan PKR dia ikut Anwar. Bila Anwar puji PAS ketika dalam PR dia ikut puji PAS. Bila Anwar mengambil sikap bersama dengan DAP dan maki PAS, dia turut maki PAS. Jadi size mereka ialah size Anwar. Mereka tak boleh dah pakai sizelain. Sebab itu kalau Anwar baca Quran mereka tepuk tangan dan kalau Anwar menari pun mereka akan tepuk tangan. 

Atas sikap mementingkan Islam makanya PAS melupakan perseteruan dengan Umno dalam tempoh 60 tahun lebih. Kerana demi mengukuhkan Islam dan umat serta menyekat penguasaan politik DAP serta parti-parti mesra DAP ke atas negara ini. Atas asas yang sama PAS boleh menerima BERSATU yang keluar dari PH, kumpulan mesra DAP.

PAS bukan tak tetap pendirian… tapi PAS free size. Asalkan size itu ialah Islam.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/10/2020

- Advertisement -