Parti Melayu usah biar musuh ambil peluang

KANGAR: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) perlu melakukan sedikit pengorbanan demi kemaslahatan umat Islam.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, jangan biarkan musuh mengambil kesempatan apabila melihat ada sedikit keretakan yang berlaku di antara parti-parti Melayu di negara ini.

Advertisement

“Kita sedang berhadapan dengan musuh yang sama, jadi kita perlu bersatu untuk mencari titik persamaan demi perpaduan yang sedang dibina.

“Kesedaran itu perlu wujud dalam kepemimpinan yang ada sekarang,” katanya di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Dato’ Seri Ahmad Maslan yang menggambarkan Umno sedia pertimbang keluar daripada Perikatan Nasional.

Tuan Guru Hashim berkata, musuh politik bersiap sedia untuk mengambil kesempatan dengan perkembangan yang berlaku itu bagi melebarkan lagi jurang MN dan PN. – HARAKAHDAILY 16/10/2020