Ahli politik, jedalah seketika

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik negara diseru berhenti seketika daripada menimbulkan kecelaruan dan ketidakstabilan politik pada saat ini.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Nor, berkata rakyat begitu tertekan dengan masalah sedia ada susulan daripada penularan wabak yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini.

- Advertisement -

Kata Ustazah Salamiah lagi, malangnya bagi rakyat diselubungi rasa bimbang dengan suasana perebutan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri yang tidak nampak kesudahannya.

“Jadi kita mengharapkan khususnya kepada kepimpinan politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

“Dalam keadaan rakyat serba susah, serba salah, terhimpit, ramai yang dibuang pekerjaan, ekonomi belum lagi pulih.

“Kita berhadapan dengan Covid-19 yang lebih serius, kita lihat bagaimana setiap hari angka terus membesar, terus bertambah.

“Tapi kita lihat ahli politik khususnya PH dan juga Anwar itu sendiri seolah langsung tidak peka dan tidak cakna terhadap keadaan yang berlaku hari ini

“Jadi kita mengharapkan supaya (ahli politik) berhentilah, cukuplah. Berhentilah, rasa cukuplah dengan porak-peranda dan huru hara yang dilakukan,” ujar sayu ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Tanbah Ustazah Salamiah lagi, sebagai seorang pemimpin, di mana jua keberadaannya, sifatnya haruslah menjadi seorang yang menenangkan situasi dan tidak menimbulkan keresahan pada orang-orang bawah.

Sehubungan itu, Ustazah Salamiah turut menyeru kakitangan awam dan swasta, tidak mengira siapapun rakyat Malaysia berasa bertanggungjawab dan bekerjasama sebaiknya untuk memerangi Covid-19.

Katanya, perang melawan wabak ini bukan tugas satu pihak sahaja sebaliknya merupakan tugas dan kepentingan bersama yang tidak dapat dijalankan oleh sebahagian pihak sahaja.

“Sama-sama memberikan kerjasama sebaik mungkin, mengikut apa yang ditetapkan. Kalau kena saringan, buat saringan. Kalau kena kuarantin, ikutlah kuarantin.

“Ikutlah sop yang ditetapkan moga-moga kita dapat memutuskan rangkaian Covid-19 yang kita harapkan.

“Yang paling penting rasa kebersamaan, sebagai rakyat kota haruslah merasakan masalah ini masalah bersama, bukan masalah golongan tertentu sahaja.

“Dan kita kena faham, bahawa kesusahan yang dihadapi, keadaan yang berlaku hari ini meninggalkan kesan kepada ekonomi negara dan lebih parah lagi, percaturan politik yang berlaku meninggalkan ketidakstabilan kepada kedudukan politik negara kita,” jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/10/2020

- Advertisement -