Rakyat muak gelagat seorang dua pemimpin

- Advertisement -

KANGAR: Orang ramai mulai meluahkan perasaan muak, jelik dan resah terhadap tindak tanduk pemimpin yang mahu mencapai impian peribadi ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Kata mereka tindak tanduk seorang dua pemimpin bercakap isu politik dan kuasa tanpa mengira masa dan ketika tidak sepatutnya berlaku ketika ini.

- Advertisement -

Seorang kakitangan syarikat swasta Rohani Manaf, 32 berkata, negara tidak sepatutnya dicorak oleh seorang dua pemimpin yang mempunyai cita-cita politik tinggi.

Katanya ketika rata-rata rakyat bergelut mencari rezeki ketika wabak Covid sekarang, ada pemimpin mengheret rakyat ke arah suasana tidak tenteram.

Razali Saad

“Sedangkan banyak perkara lagi yang perlu difokuskan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya di sini.

Baru-baru ini buat kali ketiga Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.

Razali Saad, 60 seorang petani dari Arau pula menyaran kerajaan yang ada sekarang dikekalkan bagi memberi tumpuan kepada masalah kesihatan, ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Ahli politik jangan hanya berkepentingan menjaga kedudukan diri sahaja sedangkan rakyat sekarang berdepan kesukaran untuk mencari sesuap rezeki,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/10/2020

- Advertisement -