MB rakam takziah bonda Tengku Temenggong mangkat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jenazah almarhumah Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mangkat pada 2.18 pagi tadi selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu kira-kira 2.30 petang tadi.

Tengku Merjan, 80 mangkat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana sakit tua.

- Advertisement -

Almarhumah Tengku Merjan adalah bonda kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Tengku Merjan juga merupakan anak sulung almarhum Sultan Yahya Petra dan juga bonda saudara kepada Sultan Muhammad V.

Jenazahnya dibawa dari HRPZ II ke Istana Balai Besar pada 7 pagi tadi dan solat jenazah disempurnakan selepas Zohor.

Turut berangkat Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tengku Merjan meninggalkan tiga putera dan seorang puteri.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob merakamkan sembah takziah di atas kemangkatan Tengku Merjan. – HARAKAHDAILY 15/10/2020

- Advertisement -