PAS dan BERSATU Pulai pacu kebersamaan

- Advertisement -

PULAI: PAS Kawasan dan BERSATU Bahagian bagi Parlimen Pulai telah mengadakan pertemuan santai yang dilangsungkan di RnR Bistro Bandar Baru Uda, di sini malam kelmarin.

- Advertisement -

Pertemuan mesra julung kali ini bertujuan sebagai suai kenal antara kedua pihak, selain ke arah merapatkan hubungan persaudaraan dan gerak kerja selaku rakan komponen politik.

Pertemuan yang juga bermatlamat mewujudkan suasana kerjasama kedua-duanya khusus di Pulai ini turut membincangkan beberapa isu berkaitan negeri dan juga politik negara.

Majlis yang penuh makna ini dihadiri masing-masing pemimpin utama kedua pihak iaitu Yang DiPertua PAS Pulai, Dzulkifli Suleiman dan Ketua BERSATU Pulai, Ya’cob Atan.

Menurut Dzulkifli, dari pertemuan ini juga kedua-dua pihak setuju untuk mengadakan satu mesyuarat rasmi dalam masa terdekat bagi merancang gerak kerja bersama menghadapi PRU15.

Pimpinan PAS Pulai yang hadir sama adalah Timbalan Yang DiPertua, Muhamad Nazrin Ihsan dan Pemangku Setiausaha, Che Kamal Azizi Muhammad serta Ketua Penerangan, Mahamad Adzri Mad Daud dan Ketua Pemuda, Muhamad Ridhwan Salamun.

Manakala pimpinan BERSATU Pulai dihadiri antaranya oleh Setiausaha, Nur Faizal Abdullah dan Ketua Armada, Che Wan Farid Che Wan A Rahman. – HARAKAHDAILY 14/10/2020

- Advertisement -