Ketokohan kerana punyai idea

- Advertisement -

APABILA meneliti dunia kesarjanaan Islam, kita akan lihat dengan jelas bahawa ketokohan mereka disebabkan idea-idea power yang dikemukakan. 

Contohnya al-Farabi dengan idea Negara Unggul, Ibnu Sina dengan idea Masyarakat Bertamadun, al-Mawardi dengan idea Peradaban dan Keseimbangan Kehidupan, Al-Ghazali dengan idea Politik dan Sosio-Ekonomi, dan banyak lagi.

Idea-idea cetusan mereka yang rare menjadikan karya-karya mereka dirujuk sehingga ke hari ini. Imam al-Ghazali contohnya memuatkan perbincangan mengenai politik dan sosio-ekonomi dalam Kitab 1, 14 dan 26 dalam Ihya’ Ulumiddin.

- Advertisement -

Beliau hidup di zaman Abbasiah, ketika itu berlakunya konflik politik antara Ahlus Sunnah dan Syiah. Beliau dilantik sebagai sumber rujukan berautoriti oleh Kerajaan Seljuk yang telah menggantikan Kerajaan Buyiyah (Syiah).

Beliau mengekang idea politik Syiah yang berkonsepkan ‘wilayatul faqih’ dengan mengemukakan idea memposisikan penasihat-penasihat agama di jabatan-jabatan kerajaan.

Banyak lagi sebenarnya nak sharing, risau panjang sangat. Boleh baca buku dalam gambar ini. Cuma nak beritahu bahawa ketokohan mereka kerana sarat dengan idea. Manakala kita hari ini ketandusan idea.

Idea PAS

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, PAS sebelum ini dah kemukakan BPMS, Dokumen Hijau, WINS 2051 dan sebagainya. 

Tak perlu susah payah (try hard) cari jalan baru untuk muncul di persada persaingan ideologi. Rasanya sudah cukup dengan faham, hadam dan perkasakan idea-idea tersebut.

Tak perlu terikut-ikut dengan rentak orang lain. Perlu bersikap ‘tersendiri’. Bina jati diri, jangan terhanyut dengan fenomena dan permainan. 

Tak perlu bergayut dengan isu yang sekejap panas sekejap sejuk. Kurangkan budaya troll dan mengejek. Sebaliknya budayakan ilmu dan kefahaman.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 14/10/2020

- Advertisement -