4 tahun berunding sebelum pasar lama diroboh

Foto ZULKEFLI HUSSIN
- Advertisement -

PASIR PUTEH: Selepas berunding hampir empat tahun dengan peniaga akhirnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan meroboh Pasar Besar Pasir Puteh hari ini.

Pada 1 Mac 2017 Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengarahkan peniaga berpindah ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh Sentral yang jauh lebih selesa.

- Advertisement -

Namun segelintir peniaga enggan berpindah dan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Malah Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi peniaga bagi membolehkan mereka terus berniaga di Pasar Lama.

Bagaimanapun pada 9 Ogos 2017 sekumpulan peniaga yang enggan berpindah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Pada pengurusan kes kali kedua pada 6 September 2017 peniaga bersetuju menarik balik rayuan injunksi mereka terhadap MDPP.

Adun Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah berkata, MDPP memberi masa sehingga hampir empat tahun namun segelintir enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar.

Katanya hari ini PTG dengan dibantu MDPP meroboh pasar lama selepas diberi masa begitu lama supaya peniaga berpindah ke pasar baharu.

“Saya pernah berunding dengan peniaga supaya berpindah ke Pasar Siti Hajar tetapi mereka tidak mahu,” katanya di sini.

Menurutnya juga barangan milik peniaga ditempatkan sementara di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh sehingga dituntut semula peniaga.

Sementara itu Setiausaha Peniaga Kecil Pasar Besar Pasir Puteh, Ghazali Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat petang semalam mengarah mengosongkan barangan kerana pasar itu akan diroboh. – HARAKAHDAILY 14/10/2020

- Advertisement -