DS Anwar Ibrahim berbohong?

Anwar dakwa persembah dokumen sahih, tetapi Istana Negara maklum hanya jumlah tanpa senarai

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibidas sebagai tidak beretika apabila menyusahkan dan meletakkan beban kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Presiden PKR itu seperti telah mempertanggungjawabkan kepada Baginda untuk mencari sendiri ‘lebih 120 Ahli Parlimen’ yang didakwa menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalan kenyataan rasmi memaklumkan Anwar hanya sekadar mengemukakan jumlah didakwanya, tanpa mempersembahkan senarai.

Sedangkan pada 8 Oktober baru-baru ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyebut pada majlis mengadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlaj majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan sebagaimana disebutnya sebelum itu.

Bagaimanapun Anwar pada sidang media jam 2 petang tadi setelah sesi mengadap selama 25 minit jam 11 pagi tadi menyebut bahawa beliau telah mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Baginda Agong.

Dalam kenyataan sama dibuatnya, Presiden PKR itu juga menyatakan telah mempersembahkan satu senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.

Demikian itu pertikai Dr Kamarul yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), kenyataan Dato’ Indera Ahmad Fadil membawa persoalan menunjukkan kemungkinan Anwar adalah pembohong besar.

“Apa agaknya hukuman yang bokeh dikenakan ke atas orang yang membohongi rakyat jelata, malah membohongi Yang di-Pertuan Agong juga?

“Keterangan lengkap apakah namanya jika langsung tiada senarai nama MP pun yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong?

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar yakin dengan jumlah MP yang menyokong beliau, mengapa tidak beliau senaraikan satu per satu nama semua MP yang didakwa menyokong beliau itu?” soal Dr Kamarul. – HARAKAHDAILY 13/10/2020