Takziah atas pemergian ulamak sufi Kedah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae’ Yaakob, yang telah kembali menghadap Ilahi pada awal pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.

Allahyarham yang merupakan Mudir Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Baling sangat dikenali dan disayangi oleh para asatizah dan para penuntut ilmu. Beliau seorang yang sangat alim dan tawaduk serta mempunyai akhlak terpuji.

Advertisement

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019 telah banyak menabur bakti dalam mengajar ilmu tasawwuf di Malaysia khususnya Negeri Kedah. Kehilangan seorang ulamak sufi yang hebat ini merupakan satu kehilangan besar buat semua.

Didoakan agar keluarga Allahyarham sabar dalam menghadapi kehilangan ini dan semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Islam Memperkukuhkan Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMMAD
Ketua Penerangan 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Oktober 2020 | 24 Safar 1442 – HARAKAHDAILY 12/10/2020