Ayah saya bukan sombong – MB Kedah

Paip pecah menyebabkan jalan jadi lecah (becak) sebab itu ayah saya tutup tetapi motor dan kenderaan lain boleh lalu

- Advertisement -

SIK: Musuh politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat kekeringan idea dan hilang arah apabila cuba melibatkan ayahnya dalam provokasi murahan mereka.

Mereka cuba menggambarkan tindakan Md Nor menutup laluan jalan di tepi rumahnya menyusahkan penduduk di kampung itu.

- Advertisement -

Muhammad Sanusi ketika dihubungi Harakahdaily berkata, laluan itu terpaksa ditutup ayahnya untuk mengelak berlaku becak ekoran paip pecah di lokasi berkenaan.

“Paip pecah menyebabkan jalan jadi lecah (becak) sebab itu ayah saya tutup tetapi motor dan kenderaan lain boleh lalu,” jelasnya.

Menurutnya jalan berkenaan ditutup kerana kerja-kerja menukar ‘kok’ yang sudah lebih 10 hari tidak boleh digunakan.

Kata beliau kenderaan berat termasuk lori sering menggunakan jalan di tepi rumah ayahnya sehingga menyebab berlaku paip pecah.

“Ayah saya bukan sombong seperti yang cuba digambarkan. Dia hanya suruh cucunya letakkan buldozer (jentolak) di situ untuk elak lori masuk jalan itu,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 12/10/2020

- Advertisement -