AMK Kedah usah tiru rentak PKR pusat

- Advertisement -

ALOR SETAR: AMK Kedah dinasihat berhenti berpolitik dengan meniru rentak pemimpinnya yang dilihat tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah Abdul Hadi Omar berkata, tindakan itu seolah-olah tidak peka kepada situasi negara yang lebih memerlukan perhatian serius pemimpin.

- Advertisement -

“Dewan Pemuda PAS Kedah kecewa dengan kenyataan yang terlalu berbaur politik, sehingga tidak sedar menjaga kebajikan dan hak rakyat lebih utama daripada mempersoalkan perkara remeh temeh,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua AMK Kedah, Aizuddin Ariffin mendesak Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meletak jawatan berkaitan kenyataannya mengenai Covid-19 di negeri itu.

Justeru itu, Abdul Hadi menganggap AMK Kedah meniru tindak tanduk pemimpin PKR pusat yang dianggap sering mencelarukan politik negara.

“Sewajarnya AMK bersama-sama membantu untuk memastikan rantaian Covid-19 berakhir dan bukannya melakukan persepsi murahan,” bidas beliau.

Rabu lalu Menteri Besar Kedah mahu masyarakat jangan menganggap mereka yang positif Covid-19 sebagai kesalahan jenayah, di mana ia berbeza berbanding pesakit Aids. – HARAKAHDAILY 12/10/2020

- Advertisement -