Turun padang singkap tabir hidup penduduk

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Pelukan suami yang erat bagai tidak mahu berpisah dengan anak-anaknya, mendetikkan suatu rasa di hati Norhashimah Hashim semasa makan malam bersama keluarga di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Dengan linangan air mata, beliau menceritakan kembali detik-detik terakhir sebelum suaminya pergi buat selamanya kembali dijemput Ilahi kerana serangan jantung di kediaman mereka di Pelindung Beserah Kuantan, di sini.

Malah, setibanya di rumah sekitar jam 2:00 pagi itu, suaminya masih kelihatan sangat gembira dan segera menyusun jadual kelas Pengajian Al-Quran yang dibimbingnya seawal pagi esok, namun jariah itu tidak kesampaian.

Kisah sedih pertemuan terakhir ini dirakam Norhashimah semasa ziarah prihatin ADUN Beserah, Andansura Rabu bersama Pegawai Pusat Khidmat DUN Beserah ke PAS Cawangan Beserah Selatan, di sini kelmarin.

Program rutin ini adalah tanggungjawab yang dilaksanakan Andansura dalam menjengah kehidupan warganya di samping memberi sumbangan kepada golongan asnaf dengan di atur pihak PAS Cawangan dan Kawasan.

Seperti biasa sumbangan ini disampaikan oleh wakil di setiap Cawangan, namun pada petang itu Andansura Rabu sendiri berhasrat untuk hadir bersama bagi menemui sebahagian dari penduduk.

Ia sebagai menzahirkan tanda simpati beliau di atas ujian yang telah menimpa mereka, sama ada yang sedang sakit, ditimpa kemalangan atau kematian dan sebagainya.

Salah seorang dari keluarga diziarahi iaitu Farah Nadhirawaty Ali menjaga ibunya, Maimunah Ali yang telah terlantar sakit di atas katil sejak setahun lalu kerana strok, sangat menghargai bantuan bulanan kepada keluarganya.

Menurut beliau, walaupun tidak banyak tetapi mereka sangat bersyukur di atas sikap prihatin oleh pihak Andansura bersama para Pegawai Pusat Khidmat DUN Beserah.

Turut hadir pada ziarah ini adalah Ketua Muslimat PAS Beserah Selatan, Fawziah Ahmad Daud bersama Ahli Jawatankuasanya untuk sama-sama membantu melancarkan perjalanan program ini. – HARAKAHDAILY 11/10/2020

- Advertisement -