MP PAS sokong PM dan Kerajaan PN

- Advertisement -

PAS ingin menegaskan semua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang memimpi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

PAS tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

- Advertisement -

PAS mengganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas.

PAS turut berharap Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara dari tindakan tersebut.

Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 11/10/2020

- Advertisement -