Bukti PAS terus iktiraf penglibatan kaum bukan-Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dakwaan DAP dan segelintir pihak yang bersungguh-sungguh menuduh PAS bersikap perkauman serta mengenepikan penganut agama lain langsung tidak relevan dan menyimpang dari realiti sebenar.

- Advertisement -

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Balendran Bala Subramaniam menegaskan, PAS bahkan sentiasa membela baik individu mahupun masyarakat Malaysia merentas perbezaan kaum dan fahaman agama.

Malah katanya, PAS melibatkan serta memberi pengiktirafan kepada kaum bukan-Melayu dan bukan beragama Islam dengan melantik menyandang jawatan dalam tadbir urus berkaitan rakyat hingga ke peringkat tertinggi negara.

Beliau merujuk pelantikan Setiausaha DHPP Sabah, Herman Obi yang juga seorang anak muda beragama Kristian sebagai Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum) kepada ADUN (Dilantik) Sabah, Dr Aliakbar Gulasan hari ini.

“Perlantikan ini diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Ini juga sekali lagi membuktikan kesungguhan PAS dalam membela kebajikan masyarakat malaysia merentasi kaum dan fahaman agama.

“Tahniah kepada saudara Herman Obi, seorang tokoh muda dari DHPP dalam mengalas tanggungjawab ini,” ujar beliau ketika dihubungi HarakahDaily sebentar tadi.

Malah, di peringkat nasional, Pengerusi DHPP Pusat, Senator N. Bala Subramaniam dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang diakui Balendran telah menghargai dan mengiktiraf peranan DHPP dan kaum bukan-Islam.

Menurut Balendran juga, pelantikan ke jawatan kepada bukan-Islam juga meluas dalam kerajaan pimpinan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kelantan serta kouta dimiliki PAS di negeri-negeri lain dalam kerajaan dan masyarakat.

Antaranya terang beliau melibatkan jawatan Pegawai Khas Menteri Besar atau ADUN-ADUN, selain banyak di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kampung atau komuniti dan syarikat berkaitan kerajaan serta lain-lain lagi.

Tambah jurutera muda ini, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga paling awal mendukung cadangan meletakkan calon MCA di PRK P.165 Tanjung Piai dan mengembleng kemenangan Dato’ Sri Wee Jeck Seng. – HARAKAHDAILY 11/10/2020

- Advertisement -