Ada apa Ir dan Ts diperoleh Ketua Pemuda PAS?

- Advertisement -

MUNGKIN ramai yang kurang arif mengenai title dalam bidang kerja Ketua Pemuda Malaysia, jadi admin selitkan sedikit penerangan mengenai titles tersebut.

Professional Engineer (Ir.)/(P.Eng)

Professional Engineer adalah individu yang boleh meluluskan sesuatu ‘engineering design’ berdasarkan perkiraan teori matematik dan sains. 

- Advertisement -

Tujuannya bagi memastikan segala ciptaan kejuruteraan selamat dan optimum untuk dipakai. Untuk mendapat titletersebut seseorang itu perlu ada ijazah kejuruteraan yang diiktiraf, bekerja dalam bidang kejuruteraan selama 3-5 tahun, melalui tapisan dan peperiksaan serta temuduga oleh Board of Engineers Malaysia (BEM).

Hanya 4 peratus sahaja yang mempunyai title Ir. ini daripada keseluruhan jurutera di Malaysia ataupun 10 peratus daripada keseluruhan jurutera yang berdaftar dengan BEM.

Professional Technologist (Ts.)/(P.Tech)

Professional Technologist pula adalah individu yang akan menterjemahkan idea, konsep dan engineering designProfessional Engineer kepada realiti berdasarkan kemampuan teknologi semasa.

Mereka ini juga akan merangka prosedur pembinaan dan pembuatan supaya menepati engineering design tersebut. 

Title ini juga hanya boleh dimohon apabila individu tersebut mempunyai ijazah yang diiktiraf, bekerja dalam bidang technical services sekurang-kurangnya 3 tahun, ditapis mengikut pengalaman dan kelayakan dan ditemuduga oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT).

Untuk mencapai kedua-dua title ini di sebalik kesibukan sebagai pimpinan utama jamaah Islam dan dalam waktu yang sama juga sedang menyiapkan thesis PhD adalah sesuatu yang luar biasa dan wajar dijadikan contoh ikutan masyarakat. 

Bidang kejuruteraan adalah bidang yang sentiasa mencari jalan memudahkan kehidupan manusia seperti kereta (kejuruteraan automotif), sabun basuh baju (kejuruteraan kimia) atau telefon bimbit (kejuruteraan elektronik).

Ahli PAS juga ramai dari kalangan individu yang bekerja sebagai jurutera. Mereka ini disatukan di bawah Jabatan Professional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS yang sentiasa berbincang dan menyumbang idea kepada menteri dan kerajaan sekarang.

Akhir kata, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK – HARAKAHDAILY 10/10/2020

- Advertisement -