Sarjana akui sumbangan PAS dalam PRN Sabah

pas
- Advertisement -

DI DALAM tulisan beliau bertajuk “The PAS factor in Sabah polls”, Dr Bridget Welsh menulis begini:

- Advertisement -

“Tanpa penyertaan dan gerak kerja PAS dalam kempen, GRS tidak akan memenangi tiga kerusi: Karambunai, Pintasan dan Liawan. PAS juga memberi sumbangan besar dalam kemenangan di dua kerusi lain, Tempasuk dan Tanjung Keramat.”

(“Without PAS participating and mobilising in the campaign, GRS would not have won three seats: Karambunai, Pintasan and Liawan. PAS also meaningfully contributed to victories in two other seats, Tempasuk and Tanjung Keramat.”)

Meneliti lebih lanjut, sememangnya tiga kerusi yang disebutkan oleh Dr Bridget Welsh hanya dimenangi oleh calon BN atau calon PN dengan majoriti yang kecil, di mana:
(1) Kerusi N16 Karambunai hanya dimenangi oleh calon Umno-BN, Yakub Khan, dengan majoriti 16 undi.
(2) Kerusi N8 Pintasan hanya dimenangi oleh calon BERSATU-PN, Fairuz Renddan, dengan majoriti 84 undi.
(3) Kerusi N41 Liawan hanya dimenangi oleh calon STAR-PN, Annuar Ayub @ Banand, dengan majoriti 641 undi.

Bila majoriti yang diperolehi oleh calon kita adalah kecil maka sudah pastilah kita tidak boleh merendah-rendahkan sebarang sumbangan pihak yang telah memberikan undi.

Tanpa sokongan PAS yang calonnya dalam PRU 14, Aspar Akbar, memperolehi 1,696 undi umpamanya maka calon Umno-BN di kerusi N16 Karambunai pastilah sukar menang.

Begitulah juga di beberapa buah kerusi lain yang disebutkan, termasuklah:
(1) Kerusi N24 Tanjung Keramat dimenangi oleh calon Umno-BN, Ir. Shahelmey Yahya, dengan majoriti 1,124 undi.
(2) Kerusi N9 Tempasuk dimenangi oleh calon Umno-BN, Mohd Arsad Bin Bistari, dengan majoriti 1,685 undi.

Oleh itu, sangat tidak wajarlah sekiranya sumbangan PAS dalam PRN Sabah tidak diakui, apa lagi jika kehadirannya kini turut dipersoalkan, seolah-olah habis madu sepah dibuang.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 9/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -