Komodifikasi agama

- Advertisement -

ADA orang hari ini yang cuba menggelarkan dirinya sebagai pendakwah, dengan gigih mencari resepi dakwah yang tersedap. Mereka ‘try and error’ beberapa kaedah. Sekejap berwatak selebriti, sekejap jadi ahli sufi, sekejap rock, sekejap abang sado dan banyak lagi.

Mereka terus mencuba sedaya upaya supaya mendapat gelaran pendakwah yang dikelilingi peminat. Sedang mereka tidak cuba pun untuk meneliti bagaimana dakwah Nabi S.A.W.

Masing-masing hakikatnya cuba mencari-cari pengaruh dan pengikut. Bukan untuk membawa umat ke arah mengenali tuhan. Akan tetapi semata-mata untuk melonjakkan dirinya ke kemuncak popular.

- Advertisement -

Kesan wabak populisme

Antara kesan wabak Populism ialah mengheret kepada kepesongan matlamat. Asalnya ‘drawing contest’ (gambar) telah berubah menjadi persaingan untuk mendapatkan likers terbanyak.

Begitu juga dalam dunia politik. Apabila larut dalam dunia demokrasi, yang dikejar hanyalah bilangan. Manakala kebenaran tidak menjadi keutamaan. Biar berbohong pun, asal ada pengaruh.

Kesannya? Terpesong matlamat asal berpolitik, asalnya untuk menguruskan negara dengan baik, bertukar kepada perebutan meraih pengaruh untuk mendapatkan bilangan

Trump dan populisme

Donald Trump memang terkenal dengan Populismenya. Tindakan beliau seperti ini (gambar) selaras dengan kemahuan rakyat Amerika yang sejak sekian lama hidup dalam dunia Liberalisme. 

Tindakan seorang Populis biasanya akan mengikut kehendak ramai. Tujuannya untuk meraih pengaruh. Mereka sama sekali tak berani untuk ambil langkah ‘tak popular’ atau lawan arus.

Di Amerika, rakyatnya bersikap anti-kurung. Tidak mahu terkurung disebabkan COVID kata mereka. Maka pastinya Trump akan mengikut kehendak ramai, dengan ‘mengisytihar pelanggaran’ tersebut untuk meraih pengaruh politik.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/10/2020

- Advertisement -