Jenis pemimpin apakah ini yang gila kuasa?

pemimpin
- Advertisement -

DALAM keadaan rakyat tengah susah, nak makan susah, akibat wabak COVID-19 yang melanda dan melanda semula, masih ada pemimpin yang mencanangkan ada majoriti di Parlimen, untuk menjadi Perdana Menteri (PM), menggantikan PM sedia ada.

- Advertisement -

Tidak bolehkah lupakah dahulu melayan nafsu serakah gila kuasa itu dahulu? Fokuskan bagaimana untuk membantu negara, membantu rakyat, untuk keluar daripada kemelut ekonomi dan kesusahan yang melanda.

Pemimpin sepatutnya menjadi teladan, bukan menjadi tontotan dan lakonan.

Ketika mengaji ilmu politik dahulu, saya tidak percaya membaca buku The Prince, karya Machiavelli. Antara kata kunci beliau, adalah ‘the end justifies the means’ atau matlamat menghalalkan cara. Untuk mendapatkan kuasa, boleh lakukan apa sahaja, meskipun cara mendapatkan kuasa itu bertentangan nilai kemanusiaan, asalkan dapat kuasa itu.

Kuasa hari ini menjadi matlamat, bukan alat.

Kalau dengan mendapat kuasa itu, boleh selesaikan masalah rakyat, menyelamatkan agama, bangsa dan negara, tidak mengapa juga. Ini tidak, buktikan belum adapun.

Apa jaminan sekiranya orang  yang gila kuasa untuk jadi PM, jika benar-benar jadi PM, dia dapat menyelesaikan kemelut ini? Tidak ada jaminan. Justeru, kenapa kita mesti layan orang yang gila kuasa ini?

Ini politik bebal yang dikatakan oleh Allahyarham Syed Hussein alAtas atau diistilahkan sebagai ‘Bebalisme’.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 9/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -