Ir Khairil terima pengiktirafan TS dari MBOT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu lagi kejayaan ditempa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ir Khairil Nizam Khirudin apabila menerima pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional (TS).

Pengiktirafan itu diperolehi dari Lembaga Teknologis Profesional (MBOT) yang membawa gelaran TS.

- Advertisement -

“Jadi sekarang salutasinya adalah : Ir Ts Khairil Nizam Khirudin,” tulis Khairil Nizam berkongsi kejayaannya itu dalam satu hantaran bersama sijil perakuan diterima yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini.

Khairil Nizam adalah seorang jurutera yang berkhidmat dalam industri minyak dan gas.

Sebelum ini, Khairil Nizam antara lima individu dalam negara yang memiliki kepakaran seumpama dalam bidang keselamatan minyak dan gas.

Dia antara pemimpin pemuda yang dikategorikan sebagai profesional muda dalam PAS.

Menerajui Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam juga telah membawa dampak baharu kepada DPPM yang dilihat penuh dengan mereka yang digelar profesional muda.

Pengiktirafan ini juga adalah satu kekuatan kepada PAS dalam menampilkan pemimpin masa depan yang amat berwibawa.

Anak muda ini berusia 41 tahun, lahir pada tahun 1979 dan dikurniakan keluarga yang besar.

Khairil Nizam sentiasa berusaha menimba ilmu kini memasang hasrat meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah, bakal sarjana ini juga sentiasa diundang dalam pelbagai wacana pemikiran. – HARAKAHDAILY 9/10/2020

- Advertisement -