Hanya tahu menyalahkan, tidak mampu beri solusi

- Advertisement -

SECARA umumnya, saya menghormati Lim Kit Siang (LKS) sebagai seorang ahli politik veteran di dalam negara kita. Beliau ada banyak pengalaman politik yang mampu menggugat pihak lawan. Namun, modus operandi beliau saya lihat hampir sama sahaja iaitu menyalahkan pihak lawan dalam apa jua perkara yang berlaku.

Lihat sahaja isu COVID-19, LKS meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan Perikatan Nasional. Beliau masih mengulangi kononnya Langkah Sheraton sebagai puncanya, namun tidak pernah memberi pujian ketika kadar COVID-19 sebelum ini menurun dengan begitu baik sehingga mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Ya, ketika ini COVID-19 kembali meningkat dengan kadar yang tinggi khususnya ketika dan selepas PRN Sabah namun LKS tidak pula menyalahkan Shafie Apdal yang membubarkan DUN Sabah dan dalam masa yang sama Shafie Apdal sendiri memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana terpaksa membubarkan DUN Sabah ketika COVID-19 sedang melanda negara khususnya Sabah.

Adakah LKS mengkritik Shafie? Tentunya tidak kerana sikap LKS memang begitu sejak dahulu iaitu menyalah pihak lawan dan mendiamkan diri bila pihak kawannya melakukan kesalahan.

Pokok pangkalnya, LKS adalah ahli politik yang tidak mampu memberi solusi kepada masalah yang berlaku selain menghentam dan mengkritik kerana itu sahaja kebolehan yang beliau ada.

Sekian.

YB SENATOR N. BALA SUBRAMANIAM, JP
Ketua
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat – HARAKAHDAILY 9/10/2020

- Advertisement -
- Advertisement -