Terima kasih Kerajaan GRS

terima
- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa kesyukuran atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Lantikan) pada kali ini.

- Advertisement -

Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepemimpinan utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana memberi kepercayaan melantik Dr. Aliakbar Gulasan sebagai ADUN dilantik.

Saya secara peribadi memberi keyakinan penuh atas kebolehan dan karisma Dr. Aliakbar akan dapat menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.

Di samping itu juga, saya akan memastikan PAS Sabah terus membawa politik damai dan harmoni sesuai dengan situasi semasa rakyat Sabah.

Saya juga mendoakan kerajaan ini akan terus memberi tumpuan kepada  pembangunan rakyat dan kesejahteraan rakyat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
8 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 8/10/2020

- Advertisement -