Pendaftaran pelajar UniMAP secara ‘online’

- Advertisement -

ARAU: Susulan peningkatan kes Covid-19, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan proses pendaftaran dan Minggu Suai Kenal (MSK) secara dalam talian mulai 10 Oktober ini.

Pendaftaran itu membabitkan lebih 2,500 pelajar baharu sesi akademik 2020/2021.

- Advertisement -

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, MSK diadakan selama tiga hari akan menyediakan slot khusus Naib Canselor bersama waris pelajar.

Katanya slot tersebut bagi membolehkan pengurusan universiti memberi penjelasan dan maklumat lebih tepat berhubung pengendalian sesi akademik semester ini.

“UniMAP menyediakan platform khusus bagi membolehkan sesi soal jawab antara waris, pelajar dan pengurusan universiti dapat dilaksanakan terutama dalam situasi sekarang,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Dr R Badlishah juga berkata, UniMAP menangguhkan seketika perjalanan kembali ke kampus terutama membabitkan pelajar dari zon merah sekurang-kurangnya sehingga situasi pandemik kembali reda.

Bagaimanapun katanya UniMAP memberi peluang pelajar dari zon hijau atau pelajar yang berdepan masalah mengikuti pembelajaran secara dalam talian kembali ke kampus.

Namun kata beliau pelajar terbabit diwajibkan mengisi dan menghantar borang deklarasi kesihatan Covid-19. – HARAKAHDAILY 8/10/2020

- Advertisement -