Lapor polis: Samakan Presiden PAS dengan berhala

polis

SRI GADING: PAS Kawasan Sri Gading telah membuat satu laporan polis berkenaan hantaran Facebook yang dibuat oleh Azhar Ismail di Balai Polis Parit Raja, di sini pagi tadi.

Advertisement

Laporan yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Sri Gading, Nasir Abdullah ini bertujuan untuk polis mengambil tindakan terhadap Ketua PAN Kawasan Ledang itu.

“Isu-isu seperti ini kalau tidak diambil tindakan akan mendatangkan kekeliruan agama dan menimbulkan kekacauan,” kata Timbalan Yang DiPertua PAS Sri Gading, Hashim Jusoh.

Untuk rekod, Azhar telah memuat naik dua hantaran di Facebook dengan maksud dan tujuan yang sama iaitu menyamakan Presiden PAS dengan berhala.

Malahan Azhar juga mencabar untuk diambil tindakan di mana pihak polis telah membuka kertas siasatan di atas laporan itu.

Turut serta Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Sri Gading, Ramli Shahid dan Bahri Bahri Yahya serta Ketua Unit Keselamatan Johor PAS Sri Gading, Zainal Hamisan. – HARAKAHDAILY 8/10/2020