Kakitangan Penjara terima wang, keperluan harian

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 84 keluarga kakitangan Penjara Alor Setar yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan Bersasaran (PKPDB) menerima keperluan harian disumbang kerajaan negeri.

Setiap keluarga menerima wang tunai RM200 dan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

- Advertisement -

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Mohd Asri Redha Abdul Rahman di Wisma Darul Aman semalam.

Turut menerima sumbangan 290 kakitangan Penjara dan 40 petugas Jabatan Kesihatan.

Mereka menerima sumbangan peralatan penjagaan diri termasuk pelitup muka dan cecair pencuci tangan.

Muhammad Sanusi juga berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (TEMCO) di Rumah Pangsa Tongkang Yart, Seberang Perak tamat semalam selepas tiada kes positif baharu. – HARAKAHDAILY 8/10/2020

- Advertisement -