Bantu siapkan rumah asnaf 6 tahun terbengkalai

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Kehidupan sebuah keluarga asnaf yang tinggal menyewa rumah kecil dan daif dengan dihuni 12 orang anggota keluarga telah menarik perhatian Alternative 4×4 Club (A4C) Negeri Pulau Pinang.

- Advertisement -

Sehubungan itu, pihak A4C Pulau Pinang telah menggerakkan inisiatif mengumpulkan dana dan gotong-royong bagi menyiapkan rumah keluarga ini yang terbengkalai sejak 6 tahun lalu di Bakau Tua, di sini.

Abdul Razak Ismail, 42 yang hanya beliau seorang bekerja iaitu sebagai operator kilang berpendapatan RM1,800 mendiami rumah sempit ini bersama isteri, tujuh anak, ibu mertua, adik ipar dan anak saudara.

Dengan pendapatan setakat itu dan keluarga besar sememangnya beliau agak susah untuk menyara, tambahan pula dirinya sendiri yang terbatas pergerakan kerana menghidap penyakit kencing manis.

Inisiatif diketuai Pengarah A4C Pulau Pinang, Fadzil Baharom ini ternyata telah mendapat sokongan ramai antaranya ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Pulau Pinang.

Juga dari pihak PAS Cawangan Simpang Ampat dan PAS Cawangan Bakau Tua serta Restoran Din DBamboo termasuk sumbangan bahan binaan dan tenaga kerja agar keluarga ini segera dapat berpindah ke rumah baharu.

Para dermawan yang berhajat menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Islam 07043011057428 atas nama Kelab Alternatif Pacuan Empat Roda Prihatin (A4C Care) Pulau Pinang atau hubungi Fadzil (016-457 3411). – HARAKAHDAILY 8/10/2020

- Advertisement -