ADUN (Dilantik) Sabah: Teruskan khidmat menabur jasa

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan sekalung jutaan tahniah kepada PAS Sabah di atas pelantikan ADUN (Dilantik) iaitu YB Dr. Aliakbar Gulasan yang sah setelah majlis mengangkat sumpah dijalankan pada pagi tadi. 

Ia merupakan sejarah buat PAS umumnya dan PAS Sabah khususnya setelah sekian lama tempoh kewujudan PAS Sabah dalam mengharungi liku-liku dan cabaran di Negeri Sabah yang lebih unik kepelbagaian etnik dan komposisi kaum di sana. 

Dengan pelantikan ADUN (Dilantik) di Sabah kalangan PAS mudah-mudahan dapat dimanfaatkan ruang lebih luas dalam mendekati masyarakat di sana bagi memahamkan perjuangan dan nilai-nilai mulia yang dibawa oleh PAS terutama dalam pendekatan harmoni menerusi kebebasan beragama, keadilan untuk semua dan begitu juga kebajikan yang menyeluruh kepada semua rakyat Negeri Sabah sebagaimana yang telah PAS buktikan di negeri-negeri yang ditadbir di Negeri Kelantan khususnya sepanjang 30 tahun. 

- Advertisement -

Kini masanya untuk terus bekerja dan menabur jasa. Sudah pasti, pemilihan calon YB Dr. Aliakbar Gulasan mewakili PAS Sabah adalah tepat dengan kriteria beliau selaku anak tempatan dan juga memiliki kepakaran yang baik untuk dimanfaatkan kepada rakyat di Sabah khususnya. 

DUPP juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kepercayaan yang diberikan serta komitmen memelihara permuafakatan yang dijalinkan semasa tempoh PRN Sabah tempoh hari sehingga berjayanya mendapatkan mandat rakyat sekali gus menumpaskan WARISAN Plus dan PH. 

Firman Allah S.W.T:

۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

[an-Nahl: 90]

Sekian. 

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh) – HARAKAHDAILY 8/10/2020

- Advertisement -