ADUN (Dilantik) di Sabah: Setinggi penghargaan

SEKALUNG penghargaan diucapkan kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan untuk melantik YB Dr. Aliakbar Gulasan sebagai ADUN Sabah (Dilantik).

PAS menyifatkan pelantikan julung kali ini akan membuka lembaran baharu kepada PAS Sabah bagi menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Sabah.

Advertisement

Sesungguhnya keberadaan PAS di Sabah sejak lebih 35 tahun adalah bukti kesungguhan PAS dalam usaha memperkukuh perpaduan, menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.

Kepada YB Dr. Aliakbar Gulasan dan PAS Sabah, semoga kalian diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 8/10/2020