Tegur, kritik boleh, tapi jangan memaki hina

ADA beza antara menegur dengan dan mengkritik dengan memaki dan menghina. Para alim ulamak adalah penyuluh kehidupan umat Islam. Tanpa mereka manusia berada dalam kegelapan. Mereka juga adalah pewaris para Nabi. Namun, mereka bukanlah maksum. Mereka juga ada dosa, ada kesalahan, ada cacat cela di mana-mana.

Mereka bebas untuk dikritik dan ditegur. Tapi ia bukan lesen untuk menghina dan memaki hamun. Kritikan dan teguran itu perlu dan bagus, supaya tidak ada pihak yang mereka selesa dan suci. Namun maki hamun dan cercaan itu pula, terlebih batas sepatutnya. 

Siapalah kita dibandingkan dengan mereka yang selalu bangun malam bertahajud, berqiyamullail, berjihad di jalan Allah, mempunyai ilmu yang luas dan sebagainya.

Advertisement

Jika mereka lakukan kesalahan, boleh sahaja buat teguran dan kritikan keras tanpa perlu memaki hamun dan mencerca. Benar mereka ada kesalahan, tapi bukan lesen untuk memaki hamun. Nampak sangat ia lahir dari dendam yang disimpan sekian lama untuk tunggu masa dan hamburkan segala kesumat. 

Dua kesalahan tidak menjadikan salah satu betul. Salah tetap salah. Buat rakan-rakan yang memaki, menghina, mencela alim ulamak, saya doakan kalian diberikan hidayah oleh Allah dan menerima balasan setimpal.

Juga kepada kepada rakan-rakan yang membalas balik kutukan dan makian dengan kutukan dan makian, ketahuilah ia hanyalah 2 kali 5. Tiga kesalahan tidak menjadikan salah satu betul.

AFYAN MAT RAWI – HARAKAHDAILY 7/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.