Minggu Orientasi UMK secara atas talian

BACHOK: Minggu Orientasi atau Minggu Mesra Mahasiswa (3M) pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sesi akademik 2020/2021 mendapat tontonan lebih 10,000 orang.

Rakaman visual berkenaan disiarkan secara langsung menerusi media sosial rasmi UMK meraih jumlah tontonan tertinggi.

Advertisement

Program 3M secara atas talian ditonton sepanjang siaran langsung itu diadakan di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, penyampaian Minggu 3M ditukar sepenuhnya kepada pengisian secara dalam talian.

Katanya, ia bertujuan memastikan pelajar baharu menerima maklumat mengenai universiti dan aktiviti pembelajaran seperti yang lazim diadakan sebelum ini.

“Kaedah baharu itu berikutan proses pendaftaran pengajian sesi akademik 2020/2021 tahun ini dijalankan secara dalam talian seperti saranan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya di sini.

Menurutnya juga semua aktiviti dalam kampus bagi pelajar baharu dibatalkan. – HARAKAHDAILY 7/10/2020