Tangisan Umar Abdul Aziz saat diangkat menjadi pemimpin

- Advertisement -

AMIRUL Mukminin, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz merupakan salah satu khalifah yang paling dikenal dalam sejarah Islam. Beliau dipandang sebagai sosok yang soleh dan kerap disebut sebagai Khulafaur Rasyidin kelima.

- Advertisement -

Diceritakan di dalam kitab Bidayah wan nihayah karya Ibn Katsir, bahwasanya Fathimah, isteri Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz mengatakan:

وقالت زوجته فاطمة: دخلت يوما عليه وهو جالس في مصلاه واضعا خده على يده ودموعه تسيل على خديه، فقلت: مالك؟ فقال: ويحك يا فاطمة قد وليت من أمر هذه الأمة ما وليت، فتفكرت في الفقير الجائع، والمريض الضائع، والعاري المجهود، واليتيم المكسور، والأرملة الوحيدة، والمظلوم المقهور، والغريب والأسير، والشيخ الكبير، وذي العيال الكثير، والمال القليل، وأشباههم في أقطار الأرض وأطراف البلاد، فعلمت أن ربي عز وجل سيسألني عنهم يوم القيامة، وأن خصمي دونهم محمد صلى الله عليه وسلم ، فخشيت أن لا يثبت لي حجة عند خصومته، فرحمت نفسي فبكيت.

“Suatu hari, aku masuk rumah. Aku menjumpai suamiku duduk di tempat solatnya. Dengan meletakkan tangannya ke pipi. Air matanya mengalir deras melewati kedua pipinya.

“Aku berkata: Apa yang membuatmu menangis?

“Umar berkata: Duhai Fathimah!, aku baru saja dilantik menjadi pemimpin ummat ini. Lalu aku terfikir akan orang faqir yang kelaparan, orang sakit yang tersia-siakan, orang tak punya pakaian lagi kelaparan, anak yatim yang rapuh, janda yang hidup sebatang kara, orang yang dianiaya, pengelana, tawanan, orang yang sangat tua renta, orang yang mempunyai banyak keluarga, orang yang kekurangan, dan orang-orang yang serupa dengan mereka, yang berada di tepi daerah ini.

“Aku mengetahui, bahawa sesungguhnya Tuhanku, Allah ‘Azza Wa Jalla, akan menanyakan perihal tanggungjawab itu semua kepadaku, kelak di hari kiamat. Maka aku khuatir, aku tidak boleh mempertanggungjawabkannya. Hatiku bersedih dan aku menangis.”

 (Ibnu Katsir, Kitab Bidayah wan Nihayah, juz 9, hal. 214. Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyah)

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 6/10/2020